Followers

02 January 2011

Melayu Pattani

Pada peringkat awal,Kampung Cheh diterokai oleh orang melayu yang datang dari Pattani dan negeri Kedah.Ini dapat dilihat dari dialek  pertuturan terutama bagi orang-orang tua.

Kolam Tadahan Air

Seperti kata pepatah,kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Mungkin pepatah ini, memberi semangat buat penduduk kampung untuk bersama-sama membina empangan tadahan air dan akhirnya air yang terkumpul disalurkan kepada penduduk kampung sejauh 5 ke 6 kilometer.

Empangan air

Bagi yang membesar dalam era 80an, pastinya gambar ini memberi seribu kenangan.

Di sini berlangsung berbagai aktiviti antaranya lumba renang,gelongsor menggunakan upih pinang, terjun dari atas tembok, penyelam yang paling lama dan banyak lagi.
Kalau hari Sabtu dan Ahad pastinya tempat ini di penuhi dengan anak2 lelaki yang berumur di antara 9-15 tahun tapi hari ini anak-anak generasi baru dah ada Sunway Lagoon,Lost World Tambun, Laketown.Resort dan berbagai lagi taman tema air.

Tempat Perkelahan

Dikenali sebagai Batu Besar.Lokasi ini menjadi tempat riadah bersama keluarga.Satu ketika dulu,aliran air sungai yang mengalir dari kaki Gunung Bubu begitu dingin dan menyegarkan.