Followers
09 February 2011
02 January 2011
Melayu Pattani
Pada peringkat awal,Kampung Cheh diterokai oleh orang melayu yang datang dari Pattani dan negeri Kedah.Ini dapat dilihat dari dialek pertuturan terutama bagi orang-orang tua.
Kolam Tadahan Air
Mungkin pepatah ini, memberi semangat buat penduduk kampung untuk bersama-sama membina empangan tadahan air dan akhirnya air yang terkumpul disalurkan kepada penduduk kampung sejauh 5 ke 6 kilometer.
Empangan air
Bagi yang membesar dalam era 80an, pastinya gambar ini memberi seribu kenangan.
Di sini berlangsung berbagai aktiviti antaranya lumba renang,gelongsor menggunakan upih pinang, terjun dari atas tembok, penyelam yang paling lama dan banyak lagi.
Kalau hari Sabtu dan Ahad pastinya tempat ini di penuhi dengan anak2 lelaki yang berumur di antara 9-15 tahun tapi hari ini anak-anak generasi baru dah ada Sunway Lagoon,Lost World Tambun, Laketown.Resort dan berbagai lagi taman tema air.

Tempat Perkelahan
Dikenali sebagai Batu Besar.Lokasi ini menjadi tempat riadah bersama keluarga.Satu ketika dulu,aliran air sungai yang mengalir dari kaki Gunung Bubu begitu dingin dan menyegarkan.
23 December 2010
21 December 2010
Asal Usul Nama Kampung
Menurut cerita orang-orang tua terdahulu, nama Kampung Cheh berkait rapat dengan kampung Senduk .Cerita yang bermula pada satu masa dahulu ada sekumpulan penduduk kampung yang pergi berkelah di Kampung Senduk. Dalam perjalanan pulang seorang daripada mereka teringat senduk yang tertinggal di tempat mereka berkelah dengan berkata "CHEH, senduk aku tertinggal". Sehingga ke hari ini kampung ini terus di kenali sebagai Kampung Cheh.
Subscribe to:
Posts (Atom)